JERANTUT 28 Jun – Ahli kariah Kampung Hulu Cheka, dekat sini bersyukur kerana dapat beribadat dalam keadaan selesa dan menyemarakkan lagi pembangunan syiar Islam menerusi kemudahan sebuah masjid baharu bernilai RM2.5 juta yang siap dibina awal bulan ini. Lebih signifikan bagi kira-kira 1,000 ahli kariah kampung berkenaan, mereka mula menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid baharu itu baru-baru ini. Rumah ibadat yang menjadi simbol pembangunan syiar Islam kampung…










