MELAKA – Pendaki solo, Mohd. Noor Amin, 51, meraih dua pengiktirafan Asia Book of Record atas kejayaan mendaki kira-kira 86,496 tangga Menara Kuala Lumpur dalam tempoh 24 jam dan menawan tujuh puncak Banjaran Himalaya. Mohd. Noor mencapai sasaran mendaki tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 21 kali pada 23 hingga 24 Disember 2016. Beliau kemudian memulakan pendakian menawan tujuh puncak Banjaran Himalaya iaitu Gokyo RI Peak pada ketinggian 5557 meter (m),…










