KUALA LUMPUR 20 Jun – Sebuah kilang disyaki membuang bahan kimia ke dalam parit di Jalan Kling, Batu 16, Kuala Langat dekat sini malam tadi. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.47 malam tadi mengenai pencemaran bau seperti bahan kimia di kawasan tersebut. “Bertindak daripada maklumat itu, pihak kami mengesan satu tempat yang mana terdapat saluran paip dari kilang yang membuang terus…










