GUATEMALA CITY 6 Jun – Pasukan kecemasan Guatemala, semalam meneruskan pencarian mayat penduduk di kawasan perkampungan berhampiran Gunung Berapi Fuego yang meletus, Ahad lalu dengan pihak berkuasa mengesahkan angka korban akibat bencana itu meningkat kepada 72 orang. Menurut pihak berkuasa, kerja pemulihan berjalan agak perlahan dengan menyatakan alasan faktor lereng gunung dan cara gunung berapi itu memuntahkan sejumlah besar lumpur panas, batuan dan debu ke bawah gunung sebagai punca kelewatan…










