Pemuda UMNO Kuala Langat pilih Khairul Azwan - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO Kuala Langat pilih Khairul Azwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 23 Jun – Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun menerima sokongan padu daripada perwakilan sayap pergerakan parti itu di peringkat bahagian Kuala Langat.

KHAIRUL AZWAN
KHAIRUL AZWAN

Dalam pemilihan yang diadakan sempena persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat hari ini, Khairul Azwan menerima 113 undi mengatasi pencabarnya termasuk Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang hanya mendapat 26 undi.

Sementara itu, tiga calon jawatan itu, Abdul Razak Mohamed Yusof mendapat 12 undi manakala Mohd. Shahar Abdullah menerima 19 undi diikuti Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan yang hanya memperoleh tiga undi.

Bagaimanapun, empat lagi calon iaitu Imbran Afham Armen, Datuk Seri Jamal Md. Yunos, Mohd. Noor Izzat Mohd. Johari dan Syed Rosli Syed Harman masing-masing tidak menerima sebarang undi.

Sebanyak 183 kertas undian dikeluarkan namun hanya 173 undi yang disahkan manakala 10 kertas undi rosak. – UTUSAN ONLINE

Keputusan Pemilihan Ketua UMNO Malaysia peringkat UMNO Bahagian Kuala Langat
1. Khairul Azwan Harun – 113 undi.
2. Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki – 26 undi.
3. Mohd. Shahar Abdullah – 19 undi. 
4. Abdul Razak Mohamed Yusof – 12 undi. 
5. Wan Md. Hazlin Agyl Wan Hassan – 3 undi.
6. Imbran Afham Armen – 0 undi. 
7. Datuk Seri Jamal Md. Yunos – 0 undi. 
8. Mohd. Noor Izzat Mohd. Johari – 0 undi.
9. Syed Rosli Syed Harman – 0 undi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN