Pemuda UMNO gesa calon bertanding pemilihan Sabtu ini buat aku janji kesetiaan - Utusan Malaysia

Pemuda UMNO gesa calon bertanding pemilihan Sabtu ini buat aku janji kesetiaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menggesa semua calon yang bertanding pada pemilihan parti Sabtu ini supaya membuat aku janji kesetiaan terbuka kepada anggota parti.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, aku janji itu bertujuan memastikan mereka terus berjuang di dalam UMNO dan sebagai lambang kesetiaan kepada parti.

“Saya minta mereka (yang bertanding) mesti membuat aku janji kesetiaan kepada parti, jangan sesekali mengggunakan alasan bahawa kalau kita tidak terpilih, itu seolah-olah tandanya kita ditolak. Akhirnya, kita meninggalkan bahtera perjuangan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Pemuda dan Puteri UMNO Johor Bahru di sini malam ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Asyraf Wajdi berkata, sekiranya terdapat mana-mana golongan yang kalah dalam pemilihan itu yang meninggalkan parti, maka, mereka merupakan golongan yang menderhaka kepada perjuangan parti dan rakyat.

Katanya, ini kerana para pemimpin parti masih mempunyai tanggungjawab terutamanya dalam memelihara   kepentingan agama dan bangsa dan negara. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini