Pemimpin UMNO harus minta maaf kepada rakyat - Utusan Malaysia

Pemimpin UMNO harus minta maaf kepada rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERMATANG PAUH 27 Jun – Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berhasrat menganjurkan program bagi memohon maaf kepada ahli-ahli UMNO kerana 
kesilapan pemimpin parti itu menyebabkan majoriti rakyat Malaysia menolak parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, pemimpin di peringkat tertinggi dilihat lalai serta tidak melaksanakan amanah yang diberikan dengan betul sehingga tampuk kepimpinan negara di rampas oleh Pakatan Harapan.

“Kita akan anjurkan program di peringkat cawangan, bahagian mahupun pimpinan negeri agar rakyat kembali menerima UMNO dan mendekatkan diri dengan kita selepas ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selama ini kita pegang jawatan dalam parti dan kerajaan untuk jadi ‘hamba’ rakyat tetapi kita gagal laksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi itu dengan baik,” katanya ketika berucap pada majlis Ramah Mesra bersama UMNO Pulau Pinang di sini hari ini. 

Tambahnya, moral rakyat dan ahli UMNO di peringkat bawah sudah jatuh teruk selepas kekalahan pada PRU-14 sehingga dipandang rendah oleh pelbagai pihak sekali gus memerlukan satu tindakan yang mampu menaikkan semangat ahli diambil.

Jelas Tengku Razaleigh, UMNO juga harus berubah untuk memberi ruang kepada ahli-ahli bawahan memberikan idea serta pandangan mereka dan pemimpin yang ada tidak lagi sombong apabila memegang jawatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini