Tiada wilayah atau kawasan atau negara yang tiada pemimpin, tiada pemimpin jika tidak ada rakyat, tiada kepemimpinan tanpa ketaatan atau sokongan. Ungkapan ini adalah adaptasi daripada kata-kata Syaidina Umar r.a.: “Tiada Islam tanpa jamaah, tiada jamaah tanpa kepemimpinan, tiada kepemimpinan tanpa ketaatan.” Alam Melayu mempunyai sejarah, falsafah, pemikiran, emosi, pelakuan dan gaya hidup yang mengamalkan adab dan adat serta nilai-nilai tersendiri dan ada juga nilai universal dalam memilih dan menentukan…










