KUALA LUMPUR 2 Jun – Pemilik-pemilik perniagaan di negara ini mesti menurunkan harga barangan masing-masing setelah cukai barang dan perkhidmatan (GST) diberi penetapan kadar sifar.
![]() |
|
NURUL IZZAH
|
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, penurunan harga barangan itu adalah sejajar dengan konsep Malaysia baharu.
Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menggesa pengguna membuat laporan polis sekiranya berlaku ketidakpatuhan undang-undang atau penyelewengan.
“Dengan GST sifar peratus, pemilik-pemilik perniagaan mesti mengurangkan harga dengan mengambil semangat Malaysia baharu.
“GST kadar sifar mesti memberi manfaat kepada rakyat,” katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.
With GST 0%, business owners must reduce prices in the spirit of #Malaysiabaru.
Consumers should lodge official complaints with regards any irregularities.
GST 0% must benefit the rakyat.— Nurul Izzah (@n_izzah) June 2, 2018
Kerajaan Pakatan Harapan menetapkan 1 Jun sebagai pelaksanaan GST kadar sifar.
Pelaksanaan itu adalah sebahagian daripada janji-janji 100 hari manifesto PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14. – UTUSAN ONLINE











