Pemilik kedai emas maut dalam kemalangan di Pasir Puteh - Utusan Malaysia

Pemilik kedai emas maut dalam kemalangan di Pasir Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Seorang wanita yang merupakan pemilik kedai emas maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam satu kemalangan berhampiran Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bukit Jawa, di sini hari ini. 

Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Kelisa dan kenderaan pelbagai guna Naza Citra itu berlaku pada pukul 2.22 petang. 

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.24 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama enam anggota bomba. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang dikenali sebagai Zaharah Ab. Rahman, 64, didapati terperangkap dan tersepit dalam kereta Perodua Kelisa yang dipandunya. 

“Tiga lagi mangsa yang belum dikenal pasti identiti telah dikeluarkan oleh orang awam daripada Naza Citra sebelum di hantar ke hospital dengan menaiki ambulans,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Azhar berkata, Pegawai Bomba Kanan, Abdullah Yaakob dan Pegawai Bomba Kanan, Jaafar Jusin telah mengetuai pasukan bertugas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini