Pemilihan parti urusan dalaman - Utusan Malaysia

Pemilihan parti urusan dalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemimpin UMNO diingatkan supaya tidak terlalu ghairah mengikut trend populis untuk mengadakan debat calon presiden sehingga mendedahkan perkara sensitif dalaman parti kepada pihak luar.

ANNUAR
ANNUAR

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, secara umumnya debat adalah aktiviti yang baik bagi membolehkan perkongsian pendapat mengenai sesuatu isu dilakukan tetapi dalam konteks parti berkenaan, ia harus difikirkan secara lebih berhemah.

“Mungkin kerana UMNO atau calon-calon Presiden UMNO ada tarikan istimewa tersendiri maka debat ini diharap menjadi realiti.

Bagaimanapun suka saya menasihatkan mereka yang terlibat agar tidak terlalu ghairah,” katanya melalui satu kenyataan akhbar semalam.

Jelasnya, pemilihan jawatan dalam parti adalah urusan dalaman keluarga atau ahli UMNO sahaja yang turut tertakluk kepada peraturan, etika dan tradisi tertentu.

“Ia merupakan perkara sensitif dan tidak harus terdedah kepada orang luar, apa lagi ‘musuh’. Kita seharusnya lebih terbuka tetapi keterbukaan itu mesti dalam kerangka yang tidak memudaratkan matlamat dan strategi perjuangan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN