ALOR SETAR – Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah hari ini memaklumkan bahawa keputusan pemilihan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu adalah sah dan telah mengikut prosedur ditetapkan. Setiausahanya, Datuk Md. Rozai Safian berkata, sehubungan itu, kemenangan Nazira Abd. Rahim adalah sah dan telah dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian berkenaan berdasarkan keputusan pemilihan yang telah berlangsung semalam. “Nazira adalah penyandang jawatan tersebut dan telah dicabar oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu,…











