AWAL Ramadan lalu, penulis menerima satu rakaman video pendek yang memaparkan temuramah bersama seorang kanak-kanak pelarian Syria. Ketika wartawan bertanyakan soalan:”Adakah anda sudah makan?.” Tanpa jawapan, anak kecil itu hanya mengalirkan air matanya. Tangisan si kecil ini menceritakan sebuah kisah yang menyedihkan. Di sesetengah tempat, ada Muslim yang berjuang untuk hidup dalam keadaan sukar, tanpa makanan dan minuman, tiada jaminan keselamatan, pakaian compang-camping, keselamatan diri terancam serta berkemungkinan sukar melaksanakan…