Pemandu lori nyaris maut - Utusan Malaysia

Pemandu lori nyaris maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN 25 Jun – Seorang pemandu lori menghadapi detik cemas terperangkap selama lebih satu jam apabila kenderaan itu terbalik selepas terjunam ke dalam gaung berhampiran ladang kelapa sawit Putra North Terajul di sini hari ini.

Abdul Mutalib Ab Manaf, 50 yang dalam perjalanan membawa hasil tuaian ke sebuah kilang bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 2.32 petang.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Ceneh, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Hasbullah Halipah memberitahu, lori 10 tan itu dikatakan mengalami kegagalan mekanikal di bahagian brek.

“Ia lalu terbabas dan terjunam dalam gaung,” katanya ketika ditemui.

Muhammad Hasbullah berkata, satu pegawai dan lapan anggota termasuk sukarelawan bomba dari Balai Ceneh tiba di lokasi satu jam kemudian disebabkan kesukaran untuk sampai di lokasi terpencil itu.

“Mangsa yang tinggal di Bandar Ceneh Baharu kemudian berjaya dikeluarkan kira-kira 15 minit sebelum dibawa naik dengan bantuan orang awam dan kemudian dikejarkan ke Hospital Kemaman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN