Pemandu Grab jadi mangsa bunuh - Utusan Malaysia

Pemandu Grab jadi mangsa bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Kehilangan seorang pemandu Grab sejak Khamis lalu terjawab selepas pemuda itu ditemui mati dalam kereta miliknya di tempat letak kenderaan kawasan perumahan Taman Selayang Baru di sini kelmarin.

Mangsa Aiman Nosri, 27, ditemui pada pukul 8.20 malam dalam kea­daan terlangkup di tempat duduk penumpang belakang dalam kereta jenis Perodua Myvi.

Kosmo! difahamkan, mangsa keluar dari rumahnya di Kasturi Height, Nilai, Negeri Sembilan pada pukul 2 petang untuk menghantar pelanggan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum hilang, mangsa dikatakan menghantar satu pesa­nan ringkas menerusi aplikasi Whats­App kepada ibunya yang berusia 52 tahun bagi memaklumkan dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan dalam perjalanan menuju ke Puncak Alam bagi menghantar pelanggan.

Selepas pesanan ter­sebut, ibu mangsa gagal menghubungi Aiman bermula pukul 5 petang pada hari sama sebelum keluarga itu membuat laporan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang kelmarin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini