GOMBAK – Seorang pemandu Grab dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam kereta miliknya di tempat letak kenderaan Taman Selayang Baru malam tadi. Mangsa, Aiman Nosri, 27, ditemui pada pukul 8.20 malam dalam keadaan terlingkup di bahagian penumpang belakang dalam kereta jenis Perodua Myvi. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng berkata, pihak polis menerima aduan daripada bapa tiri mangsa yang mengatakan kereta lelaki itu ditemui di kawasan letak kenderaan…










