IPOH 4 Jun – Pemain kebangsaan Lubnan, Jad Noureddine menyertai pasukan Perak bagi menggantikan pemain dari Australia, Robert Cornthwaite yang cedera. Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata, Noureddine, 26, akan beraksi di posisi pertahanan. “Kemasukan Noureddine ke dalam pasukan ini adalah atas kuota pemain import Asia menggantikan Cornthwaite yang telah disahkan tidak dapat pulih daripada kecederaan yang dialaminya,” katanya dalam sidang akhbar di sini…










