Peluang Colombia kembali cerah - Utusan Malaysia

Peluang Colombia kembali cerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUSIA 25 Jun – Colombia kembali menghidupkan peluang mereka dalam perebutan slot ke pusingan kalah mati apabila menewaskan Poland 3-0 pada aksi kedua Kumpulan H Piala Dunia di Arena Kazan, sebentar tadi.

Skuad kendalian Jose Pekerman terpaksa menanti hingga minit ke-40 sebelum berjaya membuka tirai jaringan menerusi Yerry Mina setelah menerima lorongan cantik daripada James Rodriguez.

Penyerang Monaco, Radamel Faclao mengukuhkan kedudukan 30 minit kemudian selepas meneri umpanan cantik daripada Juan Quintero sebelum Juan Cuadrado meledak gol ketiga pasukan selang lima minit kemudian.

Keputusan itu menyebabkan Poland tersingkir awal manakala Colombia masih berpeluang untuk menempah tiket ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Skuad Los Cafeteros akan menghadapi Senegal dalam aksi terakhir kumpulan pada 28 Jun ini di Arena Samara manakala Jepun bertemu Poland di Arena Volgograd pada hari yang sama.

Colombia menduduki tangga ketiga setelah mengutip tiga mata manakala Jepun di kedudukan teratas berkongsi empat mata dengan Senegal. Poland di tangga tercorot tanpa sebarang pungutan mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN