Pelantikan MB Selangor dipertikai - Utusan Malaysia

Pelantikan MB Selangor dipertikai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 19 Jun – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang baru mengangkat sumpah enggan membalas dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr. Idris Ahmad yang mendakwa beliau menjadi Menteri Besar tanpa sokongan Pakatan Harapan.

Beliau yang dilihat ‘budak’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebaliknya mahu pucuk pimpinan Pakatan Harapan menjawab dakwaan Idris yang dipercayai mendapat restu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengisi kekosongan ditinggalknan Mohamed Azmin.

“Saya fikir biarlah kepimpinan Pakatan Harapan menjawabnya, saya serahkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan Idris dalams sidang akhbar pertamanya selepas bergelar Menteri Besar di sini hari ini.

Terdahulu, di Petaling Jaya pagi ini, Idris juga menerusi sidang akhbar mendakwa Amirudin tidak mendapat sokongan daripada komponen Pakatan Harapan untuk menjadi Menteri Besar dan hanya direstui Mohamed Azmin seorang sahaja.

Dalam sidang akhbar itu juga, Idris mendakwa, beliau yang mendapat sokongan semua parti komponen Pakatan Harapan merupakan satu-satunya calon yang diserahkan namanya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan bukannya Amirudin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN