KOTA BHARU 2 Jun – Persatuan Pengimport dan Penjual Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) hari ini berbesar hati meraikan golongan kurang bermampuan di Pasar Raya Besar Mydin di sini. Seramai 160 golongan itu termasuk anak yatim, orang miskin, orang kurang upaya serta pelajar tahfiz menerima peruntukan baju raya sebanyak RM200 seorang. Setiausaha Kehormat Pekema, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim berkata, program tahunan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakan.…










