PUTRAJAYA – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini menarik balik rayuan mengenai prosiding komital terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mengeluarkan kenyataan-kenyataan berkaitan kes rasuahnya yang masih dalam perbicaraan. Peguam Kanan Persekutuan, Maisarah Juhari memberitahu panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang dipengerusikan Datuk Abdul Rahman Sebli, bahawa Pejabat Peguam Negara yang mewakili perayu (Mohamed Apandi) telah memfailkan notis pemberhentian mengenai rayuan itu…










