Peguam Negara tarik balik rayuan prosiding komital Guan Eng - Utusan Malaysia

Peguam Negara tarik balik rayuan prosiding komital Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jun – Peguam Negara hari ini menarik balik rayuan beliau terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang
membenarkan permohonan Lim Guan Eng untuk mengetepikan kebenaran yang diperoleh bagi memulakan prosiding komital terhadap Menteri Kewangan itu berhubung kenyataannya mengenai kes rasuah yang dihadapinya.

LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG

Peguam Kanan Persekutuan, Maisarah Juhari yang mewakili Peguam Negara memaklumkan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan pihaknya menarik balik rayuan tersebut selepas memfailkan notis untuk tidak meneruskan rayuan tersebut semalam dan menyerahkannya pada hari yang sama.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang bersidang bersama Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Yaacob Md. Sam sehubungan itu membatalkan rayuan tersebut tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Pada 6 Disember 2017, Hakim Kamaludin Md. Said dalam keputusan berpendapat, Peguam Negara selaku pihak plaintif gagal membuat pendedahan sepenuhnya terhadap semua keterangan termasuk transkrip rakaman kenyataan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang dalam sidang media tahun lalu  ketika membuat permohonan kebenaran yang dikemukakan secara ex-parte (sebelah pihak).

Pada 21 September, 2016, mahkamah membenarkan permohonan kebenaran kepada Peguam Negara kuntuk memulakan prosiding komital terhadap Guan Eng.

Peguam Negara memfailkan saman pemula secara ex-parte pada 18 Ogos 2016 berhubung kenyataan Ketua Menteri itu di media cetak dan media sosial yang menyentuh tentang pendakwaan terhadapnya atas pertuduhan rasuah.

Kenyataan tersebut didakwa dibuat oleh Guan Eng yang mengetahui ia akan menggugat pentadbiran keadilan, mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah di negara ini.

Pada 30 Jun 2016, Gung Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Guan Eng diwakili peguam Mervin Lai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN