KOTA BHARU 4 Jun – Pas mencadangkan supaya Peguam Negara dilantik dalam kalangan Hakim Mahkamah Persekutuan yang sedang berkhidmat atau mereka yang telah bersara daripada jawatan tersebut. TAKIYUDDIN HASSAN Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu akur dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 145(1) yang memperuntukkan bahawa Yang DiPertuan Agung hendaklah melantik seorang Peguam Negara atas nasihat Perdana Menteri dalam kalangan seseorang yang berkelayakan untuk dilantik…










