Pegawai kanan polis ditahan SPRM, KDN beri kerjasama penuh - Utusan Malaysia

Pegawai kanan polis ditahan SPRM, KDN beri kerjasama penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan penahanan dua pegawai kanan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman oleh suruhanjaya tersebut, Khamis lalu.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya tidak akan campur tangan dalam siasatan tersebut kerana SPRM berhak untuk bertindak sekiranya mempunyai bukti.

“Ada beberapa kes yang telah dimaklumkan kepada saya oleh Ketua Polis Negara. Kita tidak akan campur tangan.

“Pihak agensi dan penguatkuasaan ada hak untuk bertindak sekiranya ada bukti jadi kita akan berikan kerjasama penuh,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan rasmi ke Ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM menahan dua pegawai kanan STAGG dan menemukan wang tunai kira-kira RM1.5 juta dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Subang Jaya, dekat sini Khamis lalu yang dipercayai hasil daripada tindakan melindungi pusat-pusat judi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN