KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Indonesia bagi menjejak Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang dikatakan melarikan diri ke negara republik itu.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia supaya membantu PDRM menyelesaikan perkara ini.
“Kalau boleh hari ini hendak tangkap beliau (Jamal), tapi proses dan prosedur itu mesti ada.
“Saya harap kerjasama dapat diberikan bagi memastikan nama yang disebutkan tadi dibawa ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan rasmi ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










