PBB suarakan kebimbangan pertempuran di Syria - Utusan Malaysia

PBB suarakan kebimbangan pertempuran di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 11 Jun- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap mengenai peningkatan pertempuran dan serangan udara di wilayah Idlib di Syria, di mana 2.5 juta penduduk awam ‘tidak ada tempat lain untuk pergi’ di tanah air mereka.

Koordinator kemanusiaan serantau PBB di Syria, Panos Moumtzis menyeru kuasa-kuasa besar menjadi orang tengah menyelesaikan rundingan untuk mengakhiri perang dan menghindari pertumpahan darah di Idlib.

“Kami bimbang kira-kira 2.5 juta orang yang berpindah ke Turki … Tidak ada lokasi lain untuk memindahkan mereka (di Syria),” katanya pada taklimat berita di Geneva.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya lagi, konvoi bantuan telah tiba di bandar Douma di kawasan Timur Ghouta di luar Damsyik tetapi kerajaan Syria tidak membenarkan kakitangan PBB untuk mengiringinya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini