Patay Na Si Hesus di GSC bermula Khamis ini - Utusan Malaysia

Patay Na Si Hesus di GSC bermula Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Peminat cerita bergenre komedi gelap kini berpeluang menonton filem yang memenangi pelbagai anugerah dari Filipina, Patay Na Si Hesus yang dibawakan secara ekslusif oleh GSC International Screens bermula Khamis ini.

Filem berkenaan boleh ditonton di lima buah pawagam GSC terpilih iaitu di GSC Mid Valley, GSC Pavilion KL, GSC 1 Utama, GSC Gurney Plaza, Pulau Pinang dan GSC Paradigm Mall, Johor Bahru.

Naskah garapan Victor Villanueva itu mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak dan pengkritik sebelum ini selain memenangi anugerah termasuk dari Festival Filem Antarabangsa Qcinema dan Pista Ng Pelikulang Pilipino.

Memuatkan artikel berkaitan…

Filem berkenaan yang berdurasi 90 minit dan menggunakan bahasa Cebu sebagai bahasa pengantar mengkisahkan perjalanan seorang penjual makanan jalanan, Iyay (Jaclyn Jose) bersama tiga anaknya untuk menghadiri majlis pengebumian bekas suaminya.

Sepanjang perjalanan mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan kisah suka duka yang secara tidak langsung mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini