KUALA LUMPUR – Ahli-ahli akar umbi UMNO mahu parti itu diterajui oleh calon Presiden yang berwibawa dan dapat menyelamatkan parti tersebut selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Persaingan untuk merebut kerusi Presiden pada Pemilihan UMNO pada 30 Jun ini kini bertumpu kepada tiga calon utama iaitu Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu…










