MELAKA 26 Jun – Polis menahan seorang pemandu yang mengugut anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) semalam selepas mangsa menegurnya memandu melawan arus di Jonker Walk di sini kelmarin. MOHD. NOR YHAZID IDRIS Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nor Yhazid Idris berkata, suspek yang berusia 42 tahun ditahan pukul 3 petang tidak sampai 24 jam selepas kejadian itu di hadapan sebuah bengkel di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam…










