Pengacara dan pelakon popular, Datuk Aznil Nawawi meneruskan tradisi meraikan anak-anak terpilih dari Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) dengan membawa mereka membeli-belah persiapan di Tesco Mutiara Damansara baru-baru ini. Ini merupakan tahun ketiga aktiviti beli-belah persiapan raya anak-anak SBJK ditanggung sepenuhnya oleh pihak pasar raya Tesco yang merangkumi sekitar 151 orang pelajar berusia dari empat hingga 19 tahun. Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, beliau dapat melihat perubahan…