P. Pinang laksana Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya - Utusan Malaysia

P. Pinang laksana Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 8 Jun – Kerajaan negeri Pulau Pinang sentiasa memberi keutamaan kepada usaha mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah menerusi Pelaksanaan Pelan Strategik Keselamatan Jalan Raya.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, pelbagai kempen dan inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi emmberi kesedaran kepada pengguna jalan raya agar sentiasa emmatuhi peraturan yang ditetapkan selain menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.

 Menurutnya, usaha pelbagai pihak juga diperlukan ke arah memastikan sasaran penurunan sebanyak 10 peratus kadar kemalangan maut setiap tahun tercapai menerusi program advokasi khas musim perayaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

 “Menjelang musim perayaan, ia sepatutnya menjadi pengalaman indah kepada semua namun sebaliknya berlaku apabila musim perayan diselubungi kesedihan akibat kemalangan jalan raya yang meragut nyawa.

 “Salah satu langkah pencegahan yang diambil adalah menggalakkan pengunaan pengangkutan awam supaya perjalanan pulang kemapung lebih selamat pada musim perayaan seperti ini,” katanya ketika merasmikan Advokasi Khas Majlis Keselamatan Jalan Raya Pulau Pinang (MKJR) Sempena Hari Raya Aidilfitri 2018 di Plaza Tol Juru di sini pagi ini.

 Antara agensi yang terlibat dalam advokasi itu adalah MKJR, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. dan banyak lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini