P. Pinang kemuka dua calon MT UMNO - Utusan Malaysia

P. Pinang kemuka dua calon MT UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 16 Jun – UMNO negeri hanya akan menghantar dua pencalonan untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu bagi pemilihan UMNO hujung bulan ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas yang juga Ketua UMNO Bahagian Parlimen itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, selain beliau, turut mengemukakan pencalonan untuk jawatan itu ialah Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Ir. Shaikh Hussein Mydin.

“Kita (UMNO Pulau Pinang) hanya tampilkan dua calon iaitu satu muka lama (beliau sendiri) serta muka baharu (Shaikh Hussein) dan kedua-dua kami masih muda iaitu bawah 50 tahun.

“Ini (pencalonan) bagi penuhi syarat parti yang mahukan orang muda (untuk jawatan MT) untuk sesi 2018-2021 nanti,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Wisma UMNO Kepala Batas, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pemilihan Pengerusi baharu bagi menggantikan penyandang ketika ini, Datuk Seri Zainal Abidin Osman hanya akan dibuat selepas pemilihan UMNO berlangsung.

“Ketika ini, beliau (Zainal Abidin) masih lagi Pengerusi (UMNO Pulau Pinang) dan menjalankan tugas-tugas sebagai Pengerusi,” katanya yang memberitahu, jawatan tersebut dibuat secara lantikan dan bukan pemilihan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN