Ozlynn selamat lahirkan anak kelima - Utusan Malaysia

Ozlynn selamat lahirkan anak kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelawak popular, Johan berkongsi berita gembira kepada peminat selepas seminggu isterinya selamat melahirkan cahaya mata kelima.

Isteri Johan yang juga seorang pelakon, Ozlynn Wati melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.9 kilogram pada tiga Syawal lalu.

“Maafkan kami suami isteri sebab buat semua tertanya-tanya dah bersalin ke? Alhamdulillah baby selamat dan sihat sama macam mama dia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Raya ketiga dia tak mahu juga keluar jadi kita terpaksa memaksa baby keluar tapi tetap secara normal,” tulisnya di Instagram.

Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi laman Instagram itu, Johan turut berkongsi wajah bayi perempuan kedua dalam keluarganya.

Johan juga meminta semua peminat memahami keadaan isterinya yang sedang melalui tempoh berpantang sekarang. Ujarnya, dia tidak bersedia untuk menerima sebarang kunjungan daripada sesiapa buat masa ini.

“Kami tiada helper (pembantu). Jadi semuanya (diuruskan) sendiri. Bukan tidak mahu menerima kunjungan tapi papa bagi mama berehat dulu seminggu dua.

“Maklumlah nak membiasakan diri kembali dengan bayi yang masih fragile. Jadi, harap semua faham. Tapi kami akan belanja wajah puteri kedua kami,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini