PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbangkan idea kreatif melalui ciptaan logo bersempena Hari Kebangsaan tahun ini. KKMM dalam kenyataan hari ini berkata, logo yang terpilih akan digunakan sebagai logo rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun 2018 yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’. Menurut kenyataan itu, orang ramai yang berminat boleh menghantar logo ciptaan menerusi laman Facebook Merdeka 360 atau laman sesawang malaysiamerdeka.my dengan…










