Op Selamat: 3,602 kemalangan dicatat di Selangor - Utusan Malaysia

Op Selamat: 3,602 kemalangan dicatat di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 16 Jun – Sebanyak 3,602 kemalangan dicatatkan di Selangor dalam Op Selamat sejak dilancarkan serentak di seluruh negara pada 8 Jun lalu sempena Hari Raya Adiilfitri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Azman Shari’at berkata, daripada jumlah tersebut, 26 kes membabitkan kemalangan maut dengan 27 kematian.

“Daripada 27 kematian itu, jumlah tertinggi ialah penunggang motosikal dengan 13 orang diikuti kereta (8), pembonceng motosikal (3), lori (2) dan satu kes teksi.

“Selain itu, mengikut pecahan daerah pula, kawasan merekodkan jumlah kemalangan tertinggi ialah Ampang Jaya, Gombak dan Kuala Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azman berkata, bagi tempoh yang sama, sebanyak 27,982 saman telah dikeluarkan terhadap pesalah trafik atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Kita juga telah menahan tiga individu melibatkan kesalahan kes curi kenderaan di Serdang dan memiliki waran tangkap,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN