Nurul Izzah nafi letak jawatan, tiada pilihan raya kecil Permatang Pauh - Utusan Malaysia

Nurul Izzah nafi letak jawatan, tiada pilihan raya kecil Permatang Pauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menafikan laporan sebuah portal kononnya beliau akan meletak jawatan Anggota Parlimen Permatang Pauh untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan bagi memberi laluan kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding di kawasan itu.

Nurul Izzah, yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, laporan itu adalah berita palsu dan ia tidak sedikit pun menggangu tugasnya sebagai wakil rakyat sejak dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

“Satu berita palsu yang sangat jelas dan nyata. Jangan dilayan berita palsu ini. Jika ayah saya kembali ke dunia politik, beliau pasti akan menganjurkan sidang akhbarnya sendiri untuk umumkan perkara tersebut.

“Saya ada tugas untuk rakyat Permatang Pauh. Hari ini saya berbincang mengenai program banteras gejala dadah. Esok sampai Ahad saya akan ke sana untuk program pasca banjir dan urusan berkaitan rumah pam,” katanya ketika ditemui Bernama sewaktu menjadi tetamu program ‘The Nation’ terbitan Bernama News Channel (BNC) hari ini.

Sebuah portal hari ini, kononnya memetik sumber dalaman PKR, mendakwa Nurul Izzah akan mengundur diri bagi membolehkan Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan pilihan raya kecil diadakan selepas Aidilfitri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN