SAUDARA PENGARANG, RAMAI penulis novel semakin mencipta nama melalui penulisan mereka sama ada dalam genre percintaan, Islamik, pengembaraan mahupun daripada pengalaman sendiri. Novel atau karya sastera dihasilkan daripada imaginasi penulis kadangkala mampu mempengaruhi minda serta emosi pembaca terutama novel genre percintaan. Majoriti pembacanya adalah golongan wanita berusia dalam lingkungan 18 hingga 39 tahun. Tidak dapat dinafikan bahawa wanita gemar membaca novel berbanding majalah atau karya-karya fiksyen. Mereka yang minat membaca…










