Nilai rampasan siasatan 1MDB mencecah RM1.1 bilion - Utusan Malaysia

Nilai rampasan siasatan 1MDB mencecah RM1.1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Nilai barang rampasan ketika pemeriksaan di enam premis yang dipercayai berkaitan dengan siasatan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mei lalu dianggarkan mencecah RM1.1 bilion.

Nilai tersebut termasuk rampasan wang tunai, beg tangan berjenama dan barang kemas yang diperoleh dari kediaman rasmi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pejabat beliau di Putrajaya, kediamannya di Langgak Duta serta tiga unit kondominium di Pavilion Residences.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, proses pengiraan barang yang dirampas dijalankan lebih 150 pegawai dan anggota termasuk bantuan pakar sejak 21 Mei hingga 25 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Barang yang dirampas termasuk wang tunai bernilai RM116.7 juta, 560 buah beg tangan bernilai 51.3 juta dan 12,000 barang kemas antaranya rantai, rantai tangan, cincin, batu permata dan tiara yang kos pembuatannya dianggarkan RM440 juta.

“Bagaimanapun, harga pasaran boleh mencecah 50 hingga 100 peratus menjadikan jumlah rampasan di antara RM600 hingga RM800 juta.

Amar Singh berkata, pihaknya juga merampas beberapa dokumen berkaitan dalam pemeriksaan dijalankan di pejabat bekas Perdana Menteri di Putrajaya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini