Nilai rampasan dikaitkan dengan Najib cecah RM1.1 bilion - Utusan Malaysia

Nilai rampasan dikaitkan dengan Najib cecah RM1.1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POLIS DIRAJA MALAYSIA mendedahkan nilai wang tunai dan barang kemas berserta beg tangan berjenama yang dirampas melalui beberapa siri serbuan di beberapa lokasi yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 18 Mei lalu mencecah sehingga RM1.1 bilion.

Melalui serbuan tersebut, polis me­nemui sejumlah RM116.7 juta wang tunai dalam 26 jenis mata wang selain barang kemas iaitu 1,400 utas rantai, 2,200 bentuk cincin, 2,100 utas ge­lang, 2,800 pasang subang, 1,600 bentuk kerongsang dan 14 tiara dengan harga pasaran mencecah RM880 juta.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur Rabu lalu, barang kemas yang paling mahal ditemui ialah seutas rantai emas bertatahkan berlian bernilai RM6.4 juta.

Selain itu, turut dirampas sebanyak 567 beg tangan dirampas yang terdiri daripada 37 jenama antaranya Hermes, Prada, Chanel serta Bijan serta 423 utas jam tangan daripada lebih 100 jenama antaranya Rolex dan Chopard yang berjumlah RM78 juta.

Penjumlahan berkenaan dilakukan menggunakan lapan pasukan dengan kekuatan lebih 150 pegawai dan anggota sambil dibantu oleh 22 pegawai Bank Negara Malaysia dan pakar-pakar berkaitan.

Bagaimanapun, Najib menyifatkan penilaian tersebut sebagai subjektif dan tidak realistik selain menggesa pihak polis untuk tidak meninggalkan sesetengah fakta berkaitan rampasan yang dikaitkan dengannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN