Nigeria lakar kemenangan pertama - Utusan Malaysia

Nigeria lakar kemenangan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUSIA 23 Jun – Impian Iceland untuk menempah tiket ke peringkat kalah mati lebih awal tidak kesampaian apabila tewas 2-0 kepada Nigeria dalam perlawanan kedua Kumpulan D Piala Dunia di Arena Volgograd, sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan Nigeria menduduki tangga kedua kurang tiga mata dengan pendahulu, Croatia manakala Iceland di tempat ketiga berkongsi satu mata dengan Argentina namun dipisahkan dengan perbezaan gol.

Croatia menjadi pasukan tunggal daripada Kumpulan D yang berjaya menempah tiket ke peringkat kalah mati lebih awal manakala satu lagi tempat masih terbuka dan perlu direbut oleh Nigeria, Iceland dan Argentina.

Dalam aksi tersebut, Nigeria terpaksa menanti hingga minit ke-49 untuk membuka tirai jaringan menerusi percubaan Ahmed Musa berpunca daripada hantaran lintang Victor Moses.

Penyerang Leicester City, Ahmed mengukuhkan kedudukan apabila meledak gol kedua pada minit ke-75.

Iceland berpeluang merapatkan kedudukan apabila dihadiahkan penalti selepas pertahanan Nigeria, Tyronne Ebuehi mengasari Alfred Finnbogason bagaimanapun rembatan pemain Everton, Gylfi Sigurdsson tersasar.

Selepas ini Nigeria akan menentang Argentina pada 27 Jun ini manakala Iceland bertemu Croatia pada hari yang sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN