Neymar sudah kembali - Utusan Malaysia

Neymar sudah kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 4 Jun – Ayam tambatan Brazil, Neymar membuktikan dia masih berbisa walaupun sudah lama tidak beraksi apabila menjaringkan satu gol untuk membantu skuad kebangsaannya menewaskan Croatia 2-0 dalam aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia 2018 di Anfield, semalam.

Peluang untuk melihat Neymar beraksi dalam kejohanan berprestij di Rusia bermula 14 Jun ini pada mulanya samar-samar selepas penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu terpaksa berehat panjang berikutan cedera di buku lali dan tulang kakinya patah pada hujung Februari lalu.

Bagaimanapun keadaan berubah apabila pemain berusia 26 tahun itu meledak gol pembukaan pada minit ke-69 sebelum Roberto Firmino menjaringkan gol kedua pada minit terakhir permainan.

“Dia beraksi dengan lebih baik berbanding apa yang saya jangkakan. Saya tidak meletakkan harapan tinggi kerana dia masih berada dalam proses pemulihan.

Dia pemain yang berbeza namun dia tidak boleh menanggung kesemua tanggungjawab dalam penentuan permainan, dia pemain utama namun itu bukan bermakna segala-galanya,” kata jurulatih Brazil, Tite. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN