KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa mahu kerajaan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi membendung barangan ciplak dan tiruan yang berleluasa ketika ini. Ketika hadir di Menara Ilham bagi mewakili usahawan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini, pengasas jenama Naelofar Hijab itu berkata, penguatkuasaan haruslah bersifat menyeluruh dengan kerjasama pelbagai agensi yang terlibat. “Terdapat banyak sangat sasaran pendua yang disediakan di luar sana tapi…










