KUALA LUMPUR 1 Jun – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik balik saman fitnah beliau di Mahkamah Tinggi di sini terhadap lidah rasmi Pas, Harakah dan Harakahdaily berhubung isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Peguam Nor Emelia Mohd. Iszeham memberitahu pemberita selepas prosiding di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng di kamar hakim di sini, saman itu ditarik balik tanpa kebebasan untuk memfailkan semula tindakan baharu.…










