Nadal takluk Terbuka Perancis kali ke-11 - Utusan Malaysia

Nadal takluk Terbuka Perancis kali ke-11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 10 Jun – Rafael Nadal merangkul kejuaraan tenis Terbuka Perancis buat kali ke-11 meskipun dihantui kecederaan ketika menumpaskan pemain Austria, Dominic Thiem dalam perlawanan akhir di Roland Garros, hari ini.

Jaguh No. 1 dunia dari Sepanyol itu terpaksa mendapatkan rawatan akibat kecederaan jari pada penghujung permainan, sebelum menang 6-4, 6-3, 6-2.

“Ia sangat menakjubkan. Saya bermain dengan baik menentang pemain yang hebat.

“Saya berdepan situasi sukar di set ketiga apabila mengalami kekejangan tangan. Ia situasi yang amat menakutkan, tetapi itulah sukan..kami semua keletihan.

“Berjaya memenangi kejuaraan ke-11 di sini adalah sesuatu yang menakjubkan dan perkara yang tidak pernah saya bayangkan selama ini,” ujar Nadal.

Nadal, 32, menyamai rekod legenda tenis Australia, Margaret Court sebagai satu-satunya pemain yang berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Perancis 11 kali.

Dia kini sudah mengumpul 17 gelaran Grand Slam, hanya tiga lagi kejuaraan untuk menyamai legenda Switzerland, Roger Federer.

Bagi Thiem, ini adalah perlawanan akhir Grand Slam pertama buatnya, rekod yang masih boleh dianggap membanggakan buat pemain berusia 24 tahun itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN