KUALA LUMPUR 25 Jun – Penyanyi dan pelakon Nabila Razali dimasukkan ke Pusat Perubatan Tawakal semalam akibat keracunan makanan. Pengurusnya, Ash, berkata, penyanyi lagu Pematah Hati itu mengadu sakit perut dan lemah sejak dua hari lalu. “Nabila mengadu sakit perut sejak dua hari lalu dan keadaannya menjadi semakin teruk petang semalam. “Pada mulanya dia sangka sakit perut biasa tetapi setelah membuat pemeriksaan doktor mendapati dia keracunan makanan dan dehidrasi lalu…










