KUALA LUMPUR – Penyanyi Nabila Razali dimasukan ke Pusat Perubatan Tawakal di sini pada malam tadi akibat keracunan makanan. Pengurusnya, dikenali Ash, berkata, penyanyi lagu Pematah Hati itu mengadu sakit perut dan lemah sejak dua hari lalu. “Nabila mengadu sakit perut sejak dua hari lalu dan keadaannya menjadi semakin teruk petang semalam. “Pada mulanya disangka sakit perut biasa tetapi setelah membuat pemeriksaan doktor mendapati Nabila keracunan makanan dan mengalami dehidrasi…










