NIZHNIY NOVGOROD 12 Jun – Penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera berkata, dia amat berharap bintang Mesir, Mohamed Salah sempat cergas sepenuhnya menjelang pertembungan antara kedua-dua negara tersebut pada perlawanan pembukaan Piala Dunia, Jumaat ini. Selepas beberapa jam menjalani sesi latihan bersama Celeste di pangkalan latihan pasukan di pinggir bandar Nizhny Novgorod, Muslera memberitahu, dia mahu Salah sembuh sepenuhnya daripada kecederaan bahu sewaktu beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara, baru-baru ini. “Saya dengan Luis (Suarez), lebih gemar beraksi menentang pemain terbaik. Saya berlatih dengan pemain terbaik dan saya juga mahukan pemain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya