Musa Aman perlu angkat sumpah ADUN dalam tempoh tiga bulan - Utusan Malaysia

Musa Aman perlu angkat sumpah ADUN dalam tempoh tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Tan Sri Musa Aman perlu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Sungai Sibuga dalam tempoh tiga bulan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 11 Jun lalu atau kerusi yang dimenanginya boleh  diisytiharkan kosong.

Bekas Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Johny Mositun berkata perkara itu adalah berdasarkan Artikel 22 (2) Perlembagaan Negeri Sabah.

“Berdasarkan Artikel 22 (2) Perlembagaan Negeri Sabah, kerusi  yang dimenangi seseorang  wakil  rakyat  boleh diisytiharkan kosong oleh speaker jika wakil rakyat  berkenaan gagal mengangkat sumpah sebagai anggota DUN Sabah dalam tempoh tiga bulan selepas persidangan pertama DUN Sabah,”  kata Mositun yang juga Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) kepada Bernama, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut peguam Musa, anak guamnya itu sedang mendapatkan rawatan perubatan di lokasi yang tidak didedahkan.

Seorang lagi wakil rakyat yang belum mengangkat sumpah ialah wakil rakyat kawasan DUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang difahamkan sedang menunaikan ibadah umrah. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini