Mohd. Sharkar tanding pertahan Ahli Majlis Tertinggi - Utusan Malaysia

Mohd. Sharkar tanding pertahan Ahli Majlis Tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 4 Jun – Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin mengumumkan akan mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan pelbagai pihak dan komitmennya untuk membantu memperkasakan UMNO.

“Setakat ini saya membuat keputusan akan mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana saya rasa boleh memberikan sumbangan kepada parti,” katanya di sini hari ini.

 Dalam pada itu, berhubung pemilihan di peringkat bahagian, beliau yang bertanding bagi mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Termerloh akan memastikan pemilihan berlangsung dalam suasana muafakat.

 Katanya, sejak dahulu UMNO sentiasa menyuburkan amalan demokrasi dan tidak pernah menghalang mana-mana individu bertanding dalam peringkat bahagian.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN