PUTRAJAYA 20 Jun – Datuk Dr. Mohd. Gazali Abas dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan yang baharu, berkuat kuasa hari ini. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, Mohd. Gazali yang jawatannya sebelum ini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun apabila mula menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986. “Saya yakin dengan pengalaman beliau yang luas dalam perkhidmatan…










